Siapakah Lelaki soleh?

Hari ini aku ingin berkongsi sedikit cerita mengenai siapakah lelaki soleh.  Alhamdulilah, aku telah mendapat berbagai-bagai cerita dan pengetahuan seperti ini selepas 2 tahun aku memasuki daarut-tauhid egroup. Kami selalu bertukar-tukar pendapat dan cerita. Dan kini aku pula ingin berkongsi dengan kamu semua yang sudi singgah aku punya blog.. Baca lah agar kita sama-sama boleh muhasabah diri..

SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELAKI SOLEH

Lelaki soleh merupakan seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram) serta senantiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong ke arah maksiat atau ke jurang neraka.
Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang senantiasa taat kepada ALLAH S.W.T. dan RasulNya walau dimana saja mereka berada. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata karena ia ada kaitan erat dengan masalah akidah dan keyakinan, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya. Tauhid merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus senantiasa dipelihara karena apabila tauhid tidak betul dan sempurna,maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia saja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan,barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang. Kerana yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ia lebih jauh dan mendalam dari itu semua.diantara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.



KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS   
  1. Senantiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasullulah S.A.W.   
  2. Jihad Fisabilillah adalah visi dan program hidupnya.   
  3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.   
  4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cobaan dari Allah S.W.T.   
  5. Ikhlas dalam beramal.    
  6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.   
  7. Sangat takut kepada ujian ALLAH S.W.T dan ancamannya.  
  8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.   
  9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.   
  10. Solat malam menjadi kebiasaannya.   
  11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah S.W.T   
  12. Selalu berinfaq/bersangka baik dalam keadaan lapang maupun sempit.   
  13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.  
  14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.  
  15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahasiaan.  
  16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia,senantiasa saling bergaul sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah S.W.T   
  17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.  
  Selain dari ciri-ciri diatas,orang orang yang soleh juga merupakan insan-insan yang senantiasa mendapat ujian dan cobaan dari Allah S.W.T setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

0 ulasan:

Catat Ulasan

About this blog

Follow

Aku

Pahang, Malaysia
Asslamualaikum.Insan yang lemah di sisiNya.

Kalendar

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom Chat


ShoutMix chat widget

Cari Blog Ini