Santapan pembaca

Tambah kapsyen
Assalamualaikum.. Sebelum sy mula post apa2 catatan yang lain. Sy Mengisi Surah Al Fatihah sebagi pembuka blog aku.. Surah ini merupakan first surah dalam Al Quran.. Kerana ini la 1time aku buat blog..Harap dapat la sedikit ilmu utk aku manfaat kn..

1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Proses kejadian Nabi Adam

Bismillahirramnirahim.. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.

Selepas apa yang terjadi pada aku dahulu, kini aku pilih untuk mendekati dan mencari keredha Allah. Alhamdulillah kini aku sudah memiliki perasaan yang kuat untuk mengenali ajaran Islam yang dibawa oleh nabi kita iaitu Nabi Muhammad saw. Hari ke hari aku mencari apa sahaja tentang Islam dan aku terjumpa satu artikal yang menarik untuk dikongsikan bersama pembaca iaitu kisah kejadian Adam. Aku begitu teruja dengan cerita ini kerana proses kejadian Adam sangat lama. Allah Maha Mengetahui Segala-galanya maka mari lah kita sama menghayati kejadian ini..

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. 

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan ***daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang
dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa
halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Cintai la dia kerana Allah SWT

Dalam keadaan aku yang keseorang mencari ketenangan, aku duduk termenung dan mengingatnya, hatiku sebak dan menangis Ya Allah. Aku Mencintai dia.  kerana dia Selalu sedarkan aku untuk berbuat kebaikan, dan mengajarkan aku untuk mencari hal agama. dan sering mengingatkan aku, apabila aku berbuat kesalahan, dan aku tahu dirinya selalu bersujud pada-Mu Ya Allah dan kini aku ditinggal untuk kebahgiaan dia.
Sinar matanya yang penuh dengan kesabaran. Sikapnya yang selalu bersahaja. Membuatku ingin selalu ada disampingnya, Cinta Kerana ALLAH SWT, Sangatlah penuh makna, Alhamdulillah,  Aku tak akan bersedih jika aku tak mendapatkan dia. Kerana niatku mencintai dia, bukan untuk kesenangan semata, Tapi demi mendapatkan redha Mu Ya Allah.
Ya ALLAH, berikanlah yang terbaik untukku, untuknya,,,,
dan untuk seluruh teman-temanku. Jika aku bukan yang terbaik untuknya. Berikanlah seseorang yang mampu menjaganya hingga akhir nanti dan berikanlah diriku seseorang yang selalu mengingatkanku pada-Mu ,Ya ALLAH.. Amin..

Kini aku hanya menunggu apa yang terjadi pada nya. moga kembali la..

Untuk Lelaki

Aku juga lelaki sperti kamu semua ingatlah bahawa segelitir lelaki yang meluka kn hati wanita, semua lelaki dituduh "lelaki sama sahaja". Itulah perkataan yang sering diungkap oleh wanita yang pernah di kecewakan oleh seseorg lelaki. Tetapi kita sebagai lelaki harus la bersabar dan mohon agar Allah memberi petunjuk nya.  Kerana Allah itu Maha Mengetahui.

Untuk tatapan seseorang yang bernama lelaki ketahuilah bahawa seorang wanita itu amat cepat tersentuh hatinya dan janganlah sekali-kali menghancurkan hati seorang wanita kerana nalurinya yang lembut dan mudah terasa. 
 
  Jangan kita mencuba mengambil kesempatan keatas seorang wanita yang lemah, sebaliknya bimbinglah mereka ke jalan yang benar dan yang diredhai Allah. Tidak dinafikan banyak wanita yang telah terjebak, tetapi bantulah mereka dengan ikhlas dan janganlah peralatkan mereka dengan sewenang-wenangnya kerana wanitalah maruah sesebuah negara atau bangsa itu. Semoga hati-hati lelaki yang suka pada wanita menyedari akan hakikat ini. Sedar lah wahai lelaki..

  Wanita memperlukan kasih sayang daripada seorang insan yang bernama lelaki dan janganlah lelaki merasakan yang dirinya begitu ego dan menyatakan bahawa wanita tidak bisa hidup tanpa lelaki. Jika lihat di luar sana banyak ibu tunggal yang boleh hidup berdikari membina keluarga yang ditinggalkan suaminya sehingga anak-anaknya berjaya dan berjaya,

Berapa banyak lelaki yang sanggup melakukannya tanpa wanita????

  Sememangnya wanita mampu hidup tanpa kehadiran lelaki tetapi tidak banyak lelaki yang mampu hidup tanpa kehadiran wanita. 

Selamatkanlah wanita dari lembah kehinaan dan jadikanlah wanita sebagi barang yang amat berharga dan jadikanlah mereka perhiasan yang indah dan dapat mewariskan zuriat kepada lelaki. 

  Semoga nasib mereka sebagai wanita terbela...insya-Allah..wassalam.

Cara Ikhtiar

Ini lah step yang terbaik untuk seseorng yang untuk mencari keredhaan Allah. Slepas smua sudah diusahakan kemudian kita ikhtiar lah agar apa yang kita mohon diperkenan kn. Bangun la tgh mlm kerana para malaikat akn meneman kita utk melakukan beribadat..Malaikat juga akn turut berdoa. Maka itu cuba la yg termampu wahai kawan2 ku dan buat yg terbaik...

1. Luruskan niat hanya mencari Redha Allah SWT,

2. Ikhtiar dengan cara yang benar, sesuai norma-norma Islam, jauhi berpasangan,


3. Iringi Ikhtiar dengan Do'a. Karna jodoh adalah rahsia Allah SWT,


4. Tawakkal. Serahkan semuanya kepada Allah SWT, kerana Allah yang maha mengetahui yang terbaik untuk hambanya,


5. Sabar dan jangan berputus asa..


Ingatlah jika kamu berputus asa pada siapa kamu ingin meminta tlng?? dan Org berputus asa itu sama lah seperti org kafir..

Tanda Si Dia Masih Ingat Kekasih Lama

Salam...jom kita lihat siapa yang ingat siapa.hehe.. Melupakan kekasih lama bukannya mudah. Sebab itulah ada sesetengah wanita masih tidak dapat melupakan memori manis bersama bekas teman lelakinya walaupun sudah menemui cinta baru. Berikut ialah beberapa tips yang boleh kamu perhatikan untuk mengetahui apakah kekasihmu itu sudah melupakan bekas kekasihnya atau tidak?

1. Dia sering membandingkan kamu dengan bekas teman lelakinya. Ini bermakna dia sebenarnya masih tidak dapat melupakan bekas teman lelakinya, sebab itulah dia sering mengatakan kamu mengingatkannya terhadap si dia.

2. Dia mengajak kamu membina hubungan lebih serius dengan tergesa-gesa. Misalnya berkenalan tidak sampai beberapa bulan sudah mengajak kamu bertunang. Ini bermakna dia sebenarnya cuba menutup perasaan dirinya yang masih berbelah bahagi dan untuk menyelamatkan keadaan, dia membina komitmen baru.

3. Sikapnya sering berubah-ubah. Semalam layanan yang diberikan terhadapmu cukup mesra. Hari ini, dia seolah-olah cuba menjauhkan diri. Jika ini sikapnya, bermakna dia masih lagi terperanjat gara-gara putus cinta dengan bekas teman lelakinya.

4. Berpura-pura gembira. Salah satu cara untuk melupakan bekas kekasih ialah dengan berpura-pura gembira. Dia bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku, sedangkan dia sebenarnya menahan rasa sedih.

5. Simpan gambarnya. Walaupun si dia memberi alasan bahawa dia dah tak ada apa-apa perasaan dan itu hanyalah sekeping gambar, tapi usah dibiarkan. Bahaya tu! Bermakna kenangan di antara mereka berdua akan tetap dalam ingatannya.

Allah i2 mengetahui apa yg berlaku..

Kiamat itu pasti akan berlaku

Assalamualaikum..aku nk kongsi 1 berita yg baik utk kamu smua. jika kamu semua sedar sudah byk dalam surat khabar dan buku2 menyedarkan kita akan kiamat satu hari nnti. Tetapi semua org tidak sedar adapn yg sedar malah masih melakukan dosa mgkin yg beberapa faktor yg mendorong ke jln 2 dengan kemewahan dunia xpn beranggapan lambat lg kiamat dan masih sempat lg bertaubat.. Sedangkn dtgnya hri kiamat taubat tidak akn diterima lagi. jom kita tgk tanda kiamat. Tanda-tanda kiamat merupakan petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda-tanda kiamat besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90 tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya.


Didapati hari ini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadits iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.


Tanda-Tanda Kecil Kiamat
Menurut dalil daripada hadits-hadits Nabi s.a.w. banyak sekali tanda-tanda kecil akan kedatangan hari kiamat telahpun ada pada hari ini. Kemungkinan semua tanda-tanda kecil itu telah muncul, cuma manusia yang tidak mengambil peduli sahaja yang tidak tahu. Di antara tanda-tanda kecil kiamat sebagaimana yang disebut di dalam hadits ialah;
  • Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat" Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
  • Zina bermaharajalela.
Maksud hadits: "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - (HR Sahih Muslim)
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik. Pemimpin di kalangan orang-orang yang warak dan alim akan diusahakan sedaya upaya turun dari memagang jawatan.
  • Bermaharajalela alat muzik dan manusia semua menggemarinya. Sehingga mereka merasakan tanpa bunyian alat-alat muzik hidup tidak sempurna.
  • Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
  • Menghias masjid dan membanggakannya. Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - (HR Riwayat Nasai)
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan jiran tetangga.
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan. Pendidikan akhirat semakin dijauhi, sehinggakan anak orang-orang berilmu sendiri dihantar ke universiti yang menuntut ilmu dunia semata-mata agar memperolehi jawatan dan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.
  • Ramai orang soleh meninggal dunia. Seorang demi seorang, di kalangan orang soleh meninggal dunia, sehingga manusia semakin hilang tempat rujukan.
  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. Ucapan salam sesama islam semakin ditinggalkan. Maka ditinggalkan sunnah menyebarkan salam sesama Islam.
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
  • Hilangnya sifat malu dari diri wanita. Mereka sanggup berbuat apa sahaja perbuatan terkutuk seperti zina dan pengguguran anak, asalkan mendapat keseronokan dan sedikit habuan, malah kemewahan.
  • Suami orang berzina dengan isteri orang lain. Isteri sanggup meninggalkan anak dan suami kerana mengejar nafsu syahwat, mengejar kemewahan dan kedudukan dari suami orang lain.
  • Bulan sabit kelihatan besar.
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. Berita-berita yang disampaikan adalah pembohongan semata-mata, bahkan mereka berusaha agar dilihat berita bohong itu menjadi suatu kebenaran dengan berbagai-bagai alasan.
  • Banyak saksi palsu dan menyembunyikan kesaksian yang benar.
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. Tanaman dan tumbuhan akan hidup subur ditanah yang dahulunya padang pasir yang kering kontang.
  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa.
  • Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan).
  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
  • Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
  • Orang akan melakukan homoseksual dan lesbian.
  • Akan terdapat ramai anak luar nikah.
  • Berkurangnya sifat amanah. Bahkan mereka menganggap sifat amanah akan menghalang kemajuan, membantut jalan kekayaan dan tidak dihormati orang.
  • Terasa berat untuk menjalankan hukum syariah. Zakat dijadikan hutang, kewajipan haji ditangguhkan walaupun kekayaan melimpah-limpah.
  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya. Ini mungkin kerana semakin ramai lelaki yang berkedudukan lebih rendah daripada isterinya. Lelaki kini malas belajar dan sebaliknya perempuan memenuhi semua pusat pengajian tinggi. Sudah tentu pendapatan isterinya lebih besar daripada suami.
  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya.
  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid.
  • Pemimpin suatu kaum adalah keji dan fasik.
  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya.
  • Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan.
  • Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suaranya ketika membaca al-Qur'an.
  • Menjual jawatan atau kepemimpinan (politik wang).
  • Memandang rendah kepada darah. Pembunuhan berlaku di mana-mana, walaupun hanya kesilapan yang kecil.
  • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. Malah isteri berpangkat lebih besar.
  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.
  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan.
  • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan.
  • Banyaknya berlaku gempa bumi dan tanah runtuh.
  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan.
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan.
  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba.
  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat.

Tanda-Tanda Besar Kiamat
Tanda kiamat besar merupakan suatu peralihan dari tanda-tanda kiamat kecil dan juga petanda ini menunjukkan bahawa dunia semakin amat dekat dengan hari kiamat. Antara tanda-tanda berikut menurut hadis.
  • Keluar sejenis binatang dari bumi bernama Daabatul Ardhi.
  • Lahirnya Dajjal.
  • Keluar asap tebal.
  • Kemunculan Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa A.S.
  • Matahari terbit ke arah barat.
  • Keluarnya suku Yajuj dan Majuj.
  • Perempuan mengandung akan terburai kandungannya.
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama
Wahai orang-orang Islam, sedarlah kamu akan kiamat satu hari nnti.
bersedia lah krana seksaan Allah tidak dpat kita byang kan.. Mintaklah petunjuk dariNya agar dibuka pintu hati untuk bertaubat..

sekian..

PENAWAR HATI

Assalamualaikum.. kini aku nk kongsi apa yg aku bca dr bku "jangan bersedih" harap kita sma2 perbaiki hidup kita dan jgn la sedih kerana dunia ini bkn utk sedih..percaya la.. Aku juga mcam kamu pernah dikecewa kn. kerana dlm byak2 mutiara mesti ade kaca..
kalau kamu ade mslh, aku juga ada mslh. Senang ckp kita smua akn diuji.. Bersabar la dengan ujian Allah.. Allah maha mengetahui apa yg berlaku.

Pernahkan anda merasakan keputus asaan dalam hidup? Kala menghadapi suatu masalah yang menurut diri kita tidak ada jalan keluarnya sehingga kematian dianggap sebagai penyelesaian terbaik? Pernahkah terdetik dalam hatimu ingin mengakhiri hidupmu dengan bunuh diri? Atau berdoa kepada Allah untuk meminta dipercepat kematian kita? ‘Audzubilahi mindzalik. Singkirkan fikiran itu!


Sebagai mukmin yang baik, janganlah berputus asa dengan masalah yang menimpa diri kita. Berusahalah, berdoalah, Allah pasti akan membantu kita untuk mendapatkan jalan keluarnya. Bacalah Al Qur’an, karena Al Qur’an adalah penawar bagi hati yang sedang resah.


Allah subhanahu wata’ala berfirman: “Dan Kami turunkan dalam Al Qur’an ayat-ayat yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman… (QS Al Isra’ (17) : 82)

 
JIka hati sedih dan gelisah, ubatnya ada dalam Al Qur’an. Jika ada penyakit dalam hati kita, ubatnya ada dalam Al Qur’an. Jika engkau sedang patah hati, ubatnya ada dalam Al Qur’an. Jika merasakan seakan-akan dunia ini menghimpit dirimu, maka bacalah Al Qur’an! Kerana Al Qur’an adalah penawar hati, pemberi ketenangan.



“Dan Kami turunkan kepadamu Al Qur’an untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri” (Qs An Nahl (16): 89)




Bacalah Al Qur’an, karena Al Qur’an adalah ubat hati.



Biasakanlah membacanya setiap hari, merenungi maknanya, maka akan engkau peroleh ketenteraman dan kesejukan dalam hati yang tidak dapat ditulis dengan kata-kata.




Suatu saat fitnah akan merebak. Kemudian Ali bin Abi Thalib ra. pernah bertanya, “Wahai Rasulullah, apa jalan keluarnya?” Beliau bersabda: “Kitabullah (Al Qur’an) yang didalamnya terdapat berita tentang orang-orang yang terdahulu dan yang datang kemudian.




Dia (Al Qur’an) adalah hukum (penentu) di antara kalian. Dialah pembeda, bukan main-main.Barangsiapa menjauhinya (Al Qur’an) karena kesombongan, Allah akan menghancurkannya. Siapa yang mencari-cari petunjuk dari selainnya, Allah akan menyesatkannya. Dia (Al Qur’an) merupakan tali Allah yang sangat kukuh, dia merupakan peringatan yang bijaksana dan dia adalah jalan yang lurus. Dialah yang menjadikan hawa nafsu terkendali. Lisan tidak akan pernah ragu dengannya. Para ulama tidak akan merasa puas dengannya. Dia tidak akan pernah membosankan meskipun diulang-ulang. Keajaiban-keajaibannya tidak akan pernah habis.


Dialah yang membuatnya, para jin tidak kuat mendengarnya hingga mengatakan ‘… sesungguhnya kami telah mendengarkan Al Qur’an yang menakjubkan, (yang) memberi petunjuk kepada jalan yang lurus, lalu kami pun beriman kepadanya…’Siapa yang berbicara dengannya, ia akan berkata jujur dan benar, siapa yang mengamalkannya akan diberi pahala, siapa yang berhukum dengannnya akan berlaku adil, dan siapa yang mengajak orang kepadanya maka akan ditunjuki kepada jalan yang lurus” (HR At Tirmidzi)



Jangan remehkan Al Qur’an, didalamnya akan engkau temukan sesuatu yang menakjubkan. 




Penawar hati, petunjuk, rahmat, penjelas, dan kabar gembira bagi orang yang tengah dirundung kesedihan dan kegelisahan. Sikap optimis akan engkau temukan juga setelah engkau baca Al Qur’an.




Buktikanlah duhai sahabatku. Mulai sekarang berusahalah mencintai Al Qur’an dengan membacanya sedaya engkau lakukan. Jangan jadikan Al Qur’an sekadar perhiasan di meja belajar atau di rak-rak buku kita. Dia mampu menyelamatkan hidupmu, mengeluarkan dirimu dari semua masalah yang menghimpit hari-harimu.

Cubalah, mulai saat ini juga!
Kesedihan di raut wajahmu akan berubah dengan senyum kebahagiaan…
Insya Allah!:)

Jangan Bersedih


Jangan Berdukacita kerana sesungguhnya dunia terlalu hina untuk membuat anda bersedih hati 


Tulisan ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni dalam buku Jangan Bersedih…

 
Puisi Ibnu al-Mubarak :
Wahai orang yang mencela dan menghina orang lain,adakah engkau lepas dari ujian dan cubaan?Atau Engkau punya janji kuat dari hari-hari? Engkau adalah orang bodoh dan tertipu.


Maksudnya : Wahai orang yang selalu menghina dan memperkecilkan orang lain, adakah anda terikat janji supaya tidak ditimpa musibah seperti mereka? Ataukah hari-hari sudah memberi jaminan untuk keselamatan anda dari berbagai-bagai bencana dan cubaan? Lantas mengapa anda selalu mencela.

Peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan, biarlah kita dihina dan diumpat, jangan kita mengumpat dan menghina orang lain. Bercakap perkara yang benar mengenai seseorang adalah mengumpat,bercakap perkara yang dusta mengenai seseorang adalah fitnah. Keduanya harus dihindar. Jangan bersedih jika dihina dan dicerca, kerana mereka juga manusia seperti kita..kita lebih bertuah kerana bergantung kepada Allah, bukan pada manusia…

 
Beristighfar selalu memohon keampunan dari Allah, manalah tahu saat dan masa roh dicabut..maut itu pasti datang kepada tiap-tiap seorang, tidak kira orang yang zalim ataupun dizalimi,yang kuat ataupun yang lemah, yang kaya mahupun yang miskin.
“Buatlah minuman yang manis dari air limau nipis yang masam”
Banyak lagi kerja yang boleh dilakukan dari melayani kesedihan anda, seperti mengemas ruang pejabat, mengemas rumah,menziarah orang sakit, menghiburkan anak-anak yatim, bersedekah, bersukan, membantu orang miskin, bercucuk tanam, menghias rumah dan pejabat, membuat kek dan biskut serta macam2 pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil pada anda.

“Hidup ini terlalu singkat untuk kita bersedih dan berdukacita”

Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal

Assalamualaikum..Ni satu crita yg narik utk pengetahuan kita.. ni pn aku ambil dr email kwn aku yg diantar 2 miggu lepas.. 2 pn byk lagi artikal yg dipos dr kawan aku.. ni salah satu nya aku ingin kongsikan pada kamu agar kita dapat memanfaatnya..

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.

Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.

InsyaAllah aku akn post cite yg ln pula..kerana byak cite yg menarik yg aku nk kongsi tp masa je xde nk update.. bt skrng ni bleh la lg nk update sbb bnyak keje dh settle.. nnti aku akn post lg k.. Salam,.

About this blog

Follow

Aku

Pahang, Malaysia
Asslamualaikum.Insan yang lemah di sisiNya.

Kalendar

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom Chat


ShoutMix chat widget

Cari Blog Ini